Maklumat Penanaman Marigold Inca II

Marigold Antigua, Inca II, Perfection
TAGETE SERECTA

Kadar Percambahan Minima: 85%
Bentuk Biji Benih: Mentah, Bersalut

PEMBUNGAAN
Jangkamasa Bagi Tanaman Menjadi Reseptif Terhadap Permulaan Pembungaan : Perfection adalah reseptif dari hari ianya disemai
Jenis Pembungaan : ‘Perfection’ adalah tanaman untuk masa siang yang pendek. Masa siang yang pendek akan mempercepatkan pembungaan. ‘Antigua’ dan ‘Inca II’ pula tidak sensitif terhadapa jangkamasa siang.
Mekanisme Pembungaan Khusus : Rawatan untuk masa siang yang pendek perlu bermula sebaik sahaja biji benih disemai.

PENGHASILAN ANAK BENIH
Percambahan
Keadaan optimum bagi pertumbuhan anak benih bermula dari hari biji benih disemai sehingga perkembangan kotiledon. Jangkakan kemunculan radikel dalam 3 - 5 hari.

Penutup: Biji benih boleh dilitupi dengan lapisan nipis vermikulit bagi mengekalkan tahap kelembapan.

Media: pH: 6.2 - 6.5. Tahap pH yang <6.0 mungkin akan mengakibatkan ketoksikan zat besi, mangan atau sodium dalam Marigold. Gejala ketoksikan ini boleh dilihat di bahagian bawah daun. Marigold boleh digunakan sebagai tanaman petunjuk bagi pH yang rendah - EC: <0.75.

Cahaya: Cahaya adalah tidak perlu bagi percambahan. Jika anda menggunakan pondok percambahan, dedahkan tanaman kepada cahaya 10 - 100 f.c. (100 - 1000 lux) dan ini akan mempertingkatkan kadar percambahan secara mendadak jika dibandingkan dengan percambahan dalam gelap.

Kelembapan: Tepu (5) untuk 1 - 3 hari atau sehingga kemunculan radikel. Pada hari ke-4 - ke-7 kurangkan kelembapan ke tahap lembap (3). Sebaik sahaja tanaman aktif bertumbuh, selangkan tahap kelembapan di antara basah (4) dan sederhana (2). Biarkan media mencapai tahap (2) sebelum melembapkannya semula ke tahap (4).

Kelembapan Udara : 100% sehingga kemunculan radikel dan kurangkan ke 40%.

Pengeringan: Berikan pengudaraan secara mendatar bagi membantu mengeringkan media melalui evapotranspirasi, memberikan penyerapan oksigen yang lebih baik pada akar.

Suhu: 72° - 75°F (22° - 24°C)

Suhu Purata Harian : 67°F (19°C)


Penanaman Anak Benih
Keadaan yang optimum semasa peringkat vegetatif, bermula dari perkembangan kotiledon adalah diperlukan bagi akar mencapai tepi lubang dalam dulang semaian. Elakkan pembungaan terlalu awal semasa peringkat pertumbuhan anak benih. Tanaman tidak akan mempunyai saiz yang sepatutnya selepas pemindahan jika ianya berbunga dalam dulang semaian.

Media: pH: 6.2 - 6.5, EC: 0.5 - 1.0

Cahaya: Kekalkan kadar cahaya di bawah 2500 f.c. (25,000 lux). Kadar cahaya yang tinggi akan menyebabkan pembungaan yang terlalu awal dalam dulang semaian. Jangkamasa siang yang pendek akan memastikan pembungaan pada tanaman yang rendah dan padat.

Suhu: 68° - 70°F (20° - 21°C). Kurangkan suhu secara perlahan ke 62° - 65°F (17° - 18°C) apabila anak benih menjadi matang.

Suhu Purata Harian : 67°F (19°C)

Kelembapan: Selangkan kadar kelembapan di antara basah (4) dan lembap (3). Biarkan media mencapai kadar kelembapan (3) sebelum membasahkannya semula ke kadar kelembapan (4). Elakkan tekanan kemarau semasa peringkat anak benih supaya pembungaan yang terlalu awal boleh dielakkan. Pengeringan anak benih yang berterusan mungkin akan menyebabkan putik bunga layu. Akan tetapi, media yang terlalu tepu juga akan menggalakkan perkembangan sistem akar yang lemah.

Kelembapan Udara : 40 – 70%

Pengeringan: Berikan pengudaraan secara mendatar bagi membantu mengeringkan media melalui evapotranspirasi dalam keadaan yang dingin dengan kadar cahaya yang rendah.

Pembajaan: Bubuh 1 - 2 kali baja setiap minggu pada kadar 100 - 150 ppm Nitrogen dengan baja yang berdasarkan kalsium (14-2-14). Tahap Boron dalam media patutnya adalah sekurang-kurangnya 0.5 ppm.


Pembungaan
Keadaan optimum bagi membolehkan tanaman berbunga

Cahaya: ‘Perfection’ adalah sensitif terhadap jangkamasa siang tetapi boleh dimanipulasikan untuk berbunga pada tanaman yang rendah dan padat dengan membiarkannya pada jangkamasa siang yang pendek (masa siang untuk 9 jam) selama 2 minggu bermula dari masa permulaan semaian. Jangkamasa siang yang pendek adalah disarankan bagi tanaman yang disemai selepas pertengahan bulan Februari dalam kawasan selatan Amerika dan selepas pertengahan bulan Mar dalam kawasan utara Amerika. ‘Antigua’ dan ‘Inca II’ pula tidak sensitif terhadap jangkamasa siang dan tidak perlu diberikan cahaya semasa peringkat anak benih.


PERTUMBUHAN SEHINGGA DEWASA
Sedia Untuk Pemindahan :
4 - 5 minggu selepas semaian dalam dulang dengan ‘288’ lubang.

Pembungaan
Keadaan yang optimum semasa peringkat vegetatif, bermula dari pemindahan adalah perlu bagi akar mencapai tepi bekas, DAN menyediakan tanaman supaya dapat berbunga.

Media: pH: 6.2 - 6.5 Marigold African boleh digunakan sebagai petunjuk bagi keadaan pH yang rendah. Simptom yang biasa bagi pH yang rendah (<6.0) adalah termasuk kekuningan pada bahagian bawah daun / pinggiran daun yang kelihatan hangus. EC: 1.0

Cahaya: Dedahkan tanaman pada 3500 - 4500 f.c. (12 - 15 jumlan molar atau 35,000 - 45,000 lux) to merangsangkan pembungaan. Cahaya bantuan dalam keadaan cahaya yang rendah iaitu 350 - 450 f.c. (35,000 - 45,000 lux) akan mempertingkatkan pertumbuhan pucuk dan akar.

Suhu: 55° - 65°F (13° - 18°C) pada waktu malam, 65° - 70°F (18° - 23°C) pada waktu siang. Keadaan panas yang keterlaluan akan mengurangkan saiz kepala bunga. ‘Antigua Primrose’ lebih sensitif terhadap suhu yang dingin. Pertumbuhan yang baru akan kelihatan luntur jika suhu adalah terlalu sejuk semasa awal musim bunga. Tanaman akan berubah menjadi hijau sebaik sahaja suhu pada waktu malam naik.

Suhu Purata Harian : 67°F (19°C)

Kelembapan: Selangkan kadar kelembapan di antara basah (4) dan lembap (3). Biarkan media mencapai kadar kelembapan (3) sebelum membasahkannya menjadi kadar (4).

Kelembapan Udara : 40 - 70%

Pengeringan: Berikan pengudaraan secara mendatar bagi membantu mengeringkan media melalui evapotranspirasi, memberikan penyerapan oksigen yang lebih baik pada akar.

Pembajaan: Selangkan penggunaan baja berdasarkan kalsium (15-0-15) dan baja berdasarkan ammonium (20-10-20) pada kadar 150 - 200 ppm Nitrogen. Penggunakan ammonium yang berlebihan akan menyebabkan pertumbuhan vegetatif.

Penggunaan Growth Regulator: Jika perlu, penggunaan 1 - 2 aplikasi B-Nine (daminozide) pada kadar 5,000 ppm akan dapat mengawal pertumbuhan. Juga memberi respon terhadap A-Rest (ancymidol), Bonzi (paclobutrazol), Sumagic (uniconazol) atau B-Nine/Cycocel (klomerkuat klorida) dalam campuran tangki. ‘Antigua’ adalah variasi kerdil dan mungkin tidak memerlukan growth regulator.

Penyakit Lazim : Alternaria Leaf Spot, Botrytis, Kerosakan Akar Pythium

Serangga Lazim:
Hama labah-labah,Thrips, Leafminer, Aphids, Lalat putih

JADUAL
Antigua : Jumlah masa penanaman :
10 - 12 minggu
Inca II : Jumlah masa penanaman : 12 - 13 minggu
Dulang 288 Lubang : Jumlah masa penanaman : : 4 - 5 minggu
Jumlah masa penanaman dari pemindahan sehingga dewasa :
Pek : 6 - 7 minggu
Tanaman 4” : 7 - 8 minggu

Perfection : Jumlah masa penanaman :
13 - 14 minggu
Dulang 288 Lubang : Jumlah masa penanaman : 4 - 5 minggu
Jumlah masa penanaman dari pemindahan sehingga dewasa :
Pek : 9 minggu
Tanaman 4” : 9 - 10 minggu

KEGUNAAN PRODUK
Pek dan pasu yang lebih besar, bekas, tanaman secara besar-besaran


SPESIFIKASI TAMAN
Cahaya: Cahaya matahari penuh
Zone Hardiness USDA: 10
Zon Kepanasan AHS: 12 - 1
‘Antigua’ Ketinggian Dalam Taman dan Sebaran: 10 - 12 inci (25 - 30 cm)
‘Inca II’ Ketinggian Dalam Taman dan Sebaran: 12 - 14 inci (30 - 35 cm)
‘Perfection’ Ketinggian Dalam Taman : 14 - 16 inci (35 - 40 cm)
Sebaran Dalam Taman : 12 - 14 inci (30 - 35 cm)